Mengisahkan pelbagai ragam dan kehidupan aku sebagai seorang ibu kepada dua orang anak yang comel, sebagai seorang isteri, sebagai sahabat, sebagai pekerja, sebagai teman selama kehidupan aku ini...
Friday, November 28, 2008
ZOO Negara
Anak aku nie kalau pergi zoo mesti naik kuda 10 pusingan. Anak aku nie suka sangat dengan kuda dan kadangkala kami terpaksa pergi zoo banyak kali sebab dia nak naik kuda nie sampai orang yang jaga kuda tu kenal dengan anak aku.
1 comment:
Anonymous
said...
woi along... lama giler tak update. aku dah bersalin lah bb gal pada 101108 ari tu. sori tak sms ko sbb kepala aku meong skit. baca kat blog aku ye..
Inilah ibuku, dialah yang membesarkan kami berempat tanpa mengenal erti penat. Tanpanya siapalah kami, pengorbanannya amatlah besar. Dia mendidik dengan tulang empat kerat. Ibu seorang yang cukup gigih, bila Allah s.w.t menduga dengan pelbagai onak duri, sedih, duka, gembira sepanjang ibu memelihara kami berempat. Kaulah ratu hatiku...kaulah tempat kami menumpang kasih...melepaskan rindu padamu. Ibuku ini mempunyai semangat juang yang sangat kental...jarang kita dapat berjumpa dengan orang yang macam nie.
Gambar suami dan puteri-puteriku
Inilah gambar suamiku yang tersayang bersama dengan puteri-puteriku. Kami sekeluarga jarang ambil gambar sekali sebab jadi macam-macam hal.
Gambar kakak & adik
Inilah gambar puteriku..yang sulong bernama Puteri Wan Faqihah yang ketika itu berumur 3 tahun dan yang bongsu ketika itu berumur 2 tahun.
Gambar kakak & adik II
Memang susah nak tangkap gambar mereka bedua..Sekarang Puteri Wan Faqihah berumur 6 tahun manakala Puteri Wan Afrina berumur 5 tahun.
Main sorok-sorok - Puteri Wan Faqihah
Hari tu, kami pergi bercuti di Al famosa di Melaka. Selalunya puteri-puteriku akan buat kecoh atau bising...tapi waktu itu, aku dapati suasana kat hotel sungguh sunyi. Aku memantau puteri-puteriku rupanya mereka sedang main sorok-sorok.
Main sorok-sorok - Puteri Wan Afrina
Anak aku yang sorang nie, agak pelik sedikit perangainya. Dia paling suka pensil dan buku..kalau dapat pensil dan buku dia akan start menconteng sama ada kat buku atau yang menarik kat dinding hotel atau kat rumah...agaknya nak jadi jurutera tak???.
Aksi Puteri Wan Faqihah
Ini adalah puteriku yang sulong, dia nie suka sangat bergambar...tak kira kat mana kat dapur pun dia boleh buat aksi lucu.
Aksi Puteri Wan Faqihah II
Anak aku nie, kalau dah bergambar..dia akan suruh tangkap tempat yang dia suka...nie dia buat aksinya kat bilik tidur.
Aksi Puteri Wan Afrina
Anak aku nie...kalau maminya tangkap gambar dia pun nak tangkap gambar jugak....
1 comment:
woi along... lama giler tak update. aku dah bersalin lah bb gal pada 101108 ari tu. sori tak sms ko sbb kepala aku meong skit. baca kat blog aku ye..
-adik-
Post a Comment